Tuesday, August 31, 2010

ini adalah blog kedua saya.. :)

Salam semua..ini adalah blog yang kedua aku,as we know Bila hendak berblog perkara pokok ini mesti di mulakan.Kita mulakan dengan nama blog,setiap yang ingin berblog pada awalnya mesti mencari nama blog yang terbaik pada blog mereka.Keutamaan namanya mesti senonim dengan diri anda.Ada pelbagai nama blog di dunia ini.,masing-masing punya citarasa tersendiri dan bagi aku nama yang sesuai untuk blog aku kali ini adalah ~kisah yuyun~......secebis kisah untuk dikongsi.... .Simple je namanya tapi popular..


Setelah mendapat nama yang sesuai pada blog mereka maka seorang blogger akan mencari template untuk blog .Sudah tentu untuk kali pertama dalam keadaan serba tidak berpengetahuan maka template basic dari blogger yang menjadi pilihan.Di samping senang dan mudah..tak payah nak sakit kepala adjust itu ini..just follow kata omputeh..he he..Maka bermulalah penulisan entri pertama.Memandangkan tak de idea dan nak testing sahaja, maka entri copy paste je la yang menjadi pilihan pada masa itu.haha!! betul kan???? :P


Tiba masanya mencari follower di blog anda..so, siapa nak jadi followers aku.. ok jer.. BECOME MY FOLLOWERS PLEASE...




Bila follower dah ramai,budaya blog walking pun timbullah.. kena pulak di masa itu aku ada terbaca di blog orang lain yang kononnya dah "cash out" sampai beribu ringgit.Iklan di pasang di blog dan pada mulanya punya la tamak ,semua syarikat pengiklanan nak di letakkan di blog. Dari iklan Nuffnang hingga ke Advertlets akhirnya bila cukup minggu..tunggu punya tunggu hasilnya beli gula-gula pun tak lepas..ha ha.Selidik punya selidik baru tahu ada pengiklan tak suka diduakan..dia akan bayar lebih di samping bonus berganda kalau kita setia.Jadi lu fikir lah sendiri (pinjam kata-kata Nabil).



Inilah serba sedikit permulaan HIDUP SEORANG BLOGGER ,kalau di ingatkan balik pasti tertawa sendirian..tapi keseronokan dalam dunia blogging ini memang dirasakan setelah kita melihat blog kita di masuki pelawat di samping mendapat rakan-rakan baru dari pelbagai status dan usia.Dari pelajar hingga ke pensyarah dan ada juga lawyer.Belum jumpa lagi menteri..he he,kalau ada nak juga aku jadi follower.Yang seronoknya ada pelbagai genre blog..semuanya Aku layan dan masuk.Semuanya itu adalah pengalaman baru yang tidak dapat di bayar dengan wang ringgit.(wah..!berfalsafah tol ayat)


Akhir kata buat masa ini,terima kasih kepada semua yang sudi datang ke ~kisah yuyun~ blogspot dan terus menyokong aku tanpa jemu.wassalam.. <3

No comments:

Post a Comment